Monday, November 29, 2010

Sang Bunga Kemuncup

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan izin Allah, semakin hari aku semakin berada dijalan yang benar.. semoga diampuni segala dosaku, sebagia manusia yang hina setelah menderhakai tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini.. Astaghfirullahalaziim..~

Cakap pasal khalifah ni, aku mula terfikir tentang mase depan aku sebagai pemimpin keluarga. Macam mane agaknya aku nanti? bolehkah aku jadi seorang suami cum pemimpin yang adil kepada sebuah keluarga? Cukupkah makan anak bini aku?? Bahagiakah aku dengan isteri aku? ( cakap macam da nak kawen esok je,, heheh )

Well, nak dijadikan cerita, aku pernah terdengar sebuah kisah dari kawan aku, kisah teladan kot, sebab tak tahu kesahihannya..

Kisahnya berbunyi begini:

Arakian tersebutlah kisah, disebuah kampung, terdapat seorang pemuda yang menuntut dengan seorang guru (ilmu ape tu aku xtau la..). Maka pada suatu hari, si pemuda ini telah diuji oleh gurunya. Dibawalah pemuda ini oleh gurunya kesebuah padang yang penuh dengan bunga kemuncup.. Pada masa itu, bunga kemuncup semua sedang kembang dengan cantek skali.. rambang mata jadinya pemuda itu..

Maka pemuda itu diarahkan oleh gurunya untuk berjalan dari permulaan padang sampai penghujungnya, sambil memilih satu bunga kemuncup yang paling, amat, tercantek (hyperbola) dan mencabutnya untuk diserahkan kepada gurunya. (dengar macam senang)

Tetapi gurunya menambah dengan satu syarat iaitu, pemuda tersebut hendaklah berjalan terus kehadapan, tanpa berpatah balik..( masih lagi senang kot)

Maka pemuda ini pon menyahut seruan gurnya itu, dan bersiap sedia untuk melepasi ujian yang dianggapnya mudah itu.

Si pemudia itu pun melangkah masuk kepadang yang dipenuhi kemuncup itu. Dia mula mencari2 kemuncup yang paling cantik untuk diberikan kepada gurunya. Terlihat akan dia satu kemuncup yang cantek: segar bugar, warnanya cerah membuatkan dia sangat tertarik dengan bunga itu. Dia pon pergi menghampiri bunga itu dan tatkala ingin memetik bunga kemuncup itu, dia terfikir bahawa mungkin ada lagi kemuncup yang lebih cantik didepan sana. Lalu dia mematahkan hajatnya.

Dengan yakin si pemuda itu meneruskan langkahnya. Dia ternampak lagi satu bunga kemuncup yang cantek, merah menyala, lebih besar dari yang lain-lain, sangat menyerlah, membuatkan die begitu teruja. Namun terfikir lagi dia akan kemungkinan ada bunga kemuncup yang lebih indah didepan sana. Lalu dia menangguhkan hasratnya dan terus berjalan kehadapan lagi.

Beberapa langkah kemudian dia terjumpa satu bunga kemuncup yang cantek.. namun tidak secantek yang dilihat olehnya sebelum ini.. ( bak kate orang, boleh la...), sekali lagi dia terfikir, ada banyak lagi yang indah-indah kat depan sana. lalu diteruskan lagi perjalanannya.

Beberapa kali juga dia teragak2 untuk mencabut bunga kemuncup yang dilihatnya, tidak keruan dibuatnya (indecisive).. ada yang cantek ada yang tidak, da yang sehat, ada yang kurus, ada yang tinggi, ada yang rendah, berbagai-bagai bentuk kemuncup dia jumpa. Dan setiap kali dia teruja untuk mencabut bunga kemuncup tersebut, dia terfikir akan ada yang lebih baik didepan sana, dan ada ketika juga dia terfikir bahawa yang dibelakang itu lebih baik dari yagn dilihatnya. Tetapi sudah menjadi syarat yang dia tidak boleh berpatah balik. maka diteruskan juga perjalanannya.

Hinggalah sampai ke penghujung padang, dia akhirnya tidak mencabut satu kemuncup pun. Hanya kekecewaan yang hadir dalam dirinya, setelah terlalu tamak untuk sesuatu yang lebih baik. Secara ringkas, si pemuda itu telah gagal dalam ujian yang diberikan oleh gurunya. (sape pernah fail mmg akan rase kecewa.. frust giler wa cakap lu..)

Gurunnya hanya tersenyum, lalu berkata, "Tahukah engkau apa yang aku mahu kau faham dari ujian ini?".

Si pemuda hanya menggelengkan kepalanya.

"Berpada-padalah dalam membuat pilihan, berasa cukup itu lebih baik daripada sifat tamak, lihatlah apa yang ada didepan matamu, kerana itu yg lebih jelas bisa kau miliki".

Si pemuda itu mengangguk setuju....


Sekian~..

~Tammat~

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang nak aku sentuh disini ialah sikap seorang lelaki, macam aku nih, suka sangat memilih.. High taste la sgt.. Lebih-lebih lagi dalam soal memilih pasangan hidup. Pendapat yang pernah aku pegang sebelum ni, "bukan nak memilih, tapi pasangan hidup itu adalah orang yang akan kita hidup bersama, pilihlah yang terbaik antara yang terbaik"- yes, that's true, tapi entah bila kita akan jumpa yang terbaik itu, Allah saja yang tahu.

Seelok-eloknya bersyukurlah dengan apa yang ada didepan mata.. ^_______^

*susah btol nak bagi komitmen kat diri sendiri skang nih..huhu..

till next tyme..adios..

wassalam..~

Wednesday, November 3, 2010

3 suku dan 4 suku????

Assalamualaikum..

Aku berlindung dari syaitan yang direjam,

Ini kesah disebuah kedai makan yang baru berlaku didepan mataku:

Ada sebuah kedai makan yang agak popular dikawasan sungai merab, ramai pengunjungnya, tak kira usia, bangsa dan agama. Keluarga yang gemar mkn diluar juga membawa anak2 mereka makan disini. Menunya, You Name It, They Have It. Dari char kue teow, nasi lemak kukus, ala carte,western hinggalah ke yong tau fu.. x disangkal makanan disini mmg sedap, juga harga yang boleh dikatakan standard bangi.

Malam ni, aku bawak kwn2 aku utk mkn kat situ, sbb mereka semua ckp kedai tu mcm meriah je, msti sedap. Jadi mereka pon duduklah, mmg ramai org mlm ni. Servis tip top, baru duduk dah ade org datang amek order (hehe, n bukan nak promote, just mmg mcm tu)..

Disatu masa yg lain;

Lama dulu, mase aku mula2 masuk mfi, dan jadi org bangi (5 taon dah kot), aku pnh trnampak seorg budak lelaki yang gelandangan (terbiar). mase tu die dlm lingkungan 7/8 taon, dengan kurap ditangan nye.. rase sgt kasihan pada dia, sampaikan ade satu kali tu, aku mkn kat mamak dpn kptm, and ade sorg brader yg sgt mulia hatinya, mengajak budak itu duduk, dan diorderkn makanan utk dia, mee goreng klu x salah aku. aku memang respect abg trsebut. (semoga budi baik anda di anugerahkan nikmat dari Allah). Budak ni, aku x tau name die apa, tapi die ni mmg kureng sikit, mcm org lain katakan tiga suku..

lama kemudian aku jarang nmpk budak ni, hinggalah dia mula melepak kat kedai mkn dpn mfi. Memang bagi org yg tak biasa dengan dia pasti akan berasa kurang senang kerana sifatnya yang agak kurang ajar. Namun ramai org tahu yang dia ni adalah seorang yang kurang sifatnya. maka biarkan saja lah.. asalkan dia bahagia (siap isap rokok lg umo baru 10 taon), aku dpt tgk badan die makin sehat, alhamdulillah, ade org jaga dia, Allah itu Maha Penyayang, Dia sayang hambaNya yang penyayang sesama mereka.

nak dijadikan cerita, ade sorang mamat botak, berkulit sedikit gelap, umur dlm lingkungan 40 an, duduk minum bersama rakannya dikedai makan yang kami singgah ni. tgk atas meja die mmg die mkn satay, wow..kenyang dah kot..dah tinggal lidi gamaknya, teringat cerita Papadom, "bile perut kenyang, hati pon senang".

dua orang dariapda member aku ni order char kue teow, sorang lagi order nasi goreng daging merah kot, x sure.. sambil tunggu, borak2 la cket hal negara (haih, mcm2 hal negara Malaysia skang nih), tiba2, budak yang aku ceritakan kat atas td dtg anta char kue teow utk member aku. Aku mmg tau die da keje ngan brader char kuew teow ni lme dah. budak tu pon letak la pinggan char kue teow tu atas meja kami, dan die berlalu pergi.. sambil nak balk ke tempat char kue teow tu, die lalu kat meja brader botak yang aku bgtau tadi, aku ade trdengar brader tu ade cakap2 sikit kat budak tu tapi budak tu buat tak dengar je (maklum la tiga suku). kami ponwat xtau je la..


Tiba-tiba... " Proaaaangkthngangng!!!!!!!!", tekejut aku, ingatkan bunyi ape la.. rupanya, brader botak ni di baling gelas kaca kat budak nih, pecah bersepai sampai trkena muka sorang abg berbaju merah yang tengah tggu char kue teow dia. berdarah jugak aku tgk muka dia, sambil dia mengesat2 dengan tisu. Ynag dahsyatnya, si brader botak ni, da la baling gelas kaca, die boleh marah kat budak pulak
" Ko kurang ajar eh?", "ko tunggu bapak ko balik, aku titik ko dpn bapak ko!!!"
dia marah budak tu.. budak tu kire bekerja la dgn gerai charkue teow ni, so, si penjual char kue teow ni pon ckp la kat brader botak ni, " ape ni bang, xyah la buat macam ni, budak ni tiga suku bang.. tiga suku~~!!"

tapi si botak ni plak makin nak tunjuk lagak, " tiga suku tak tiga suku, ni aku empat suku, ko jgn tunjuk heabt dgn aku eh!!" kata si botak dengan nada bengis.. daripad detik itu, semua pelanggan kat kedai ni da rase x selesa, ramai budak2 kecik plak malam ni, mmg mak bapak kat situ semua dah risaukan anak2 mereka.

Si botak terus membebel, dengan nada takbur, seolah2 dia sorang yang hebat didunia ni. entah apa dia bebelkan.. aku pon x dengar sgt. yang aku peliknya, member die yang duyk mkn sesame ni pulak, xde nak bagi die cool down... die boleh senyum2 plak si botak ni marah2 kat situ..??? empat suku jugak agaknye..

aku rase mungkin dah abes la kot die lepas geram lepas die baling gelas kaca tu.. rupanya tak abes lagi..
betul2 si tokey kedai char kue teow yang jaga budak ni balik dari masjid sambil berkopiah dan berketayap, si botak ni pon pg kat tmpat char kue teow ni, sambil cakap "Pak Y, budak ni kurang ajar la", serentak dengan ayat "budak ni kurang ajar la", die pon bagi satu das PENUMBUK kat muka budak tu. bedarah dahi budak tu koyak.

dan si botak ni pon dah tumbuk die wat tak tau, pg duduk balik kat seat die.. sambil tu Pak Y berlari pg kat budak ni, "Ya Allah, ape ko buat ni.. budak ni tak cerdik, budak ni tak cerdik~!", dengan nada sayu die berkata pada si botak.

"naseb baek aku respek ko Pak Y", kata si botak.

Pak Y segera mengambil tisu dan mengelap2 darah dimuka budak tu, banyak darah keluar, meleleh2, aku mula perasan Pak Y sudah mengalirkan air mata, sambil budak itu meraung2 kesakitan.

"aku respek ko Pak Y", ulang2 kata dar si Botak. Pak Y tak menghiraukan cakap si botak lantas mengeleng2kan kepala,

"aku tak nak kawan ngan kau" kata Pak Y sambil menanges, orang ramai mula datang membantu budak tersebut, lalu Pak Y menanges sambil berkata pada yang lain2, "kenapa dia buat macam tu, budak ni tak cerdik, kita pon umur dah lebih 30~" kata nya lagi dalam nada suara timbul tenggelam.. lantas budak tersebut dibawa pergi kehospital bersama2 Pak Y, dan si botak terus pergi, sekejap saje dah hilang, makannya pon member die yang bayar.

selepas watak utama beredar, kami sambung makan, tapi dah hilang selera. apa tak nya, seorang manusia yang berusia 40an menumbuk seorang budak yang berumur lingkungan 12 tahun didepan mata kami, adakah itu betul3 berlaku???

Logik kah?? adakah umur 40an itu belum cukup untuk mendidik manusia menjadi matang??

lantas kami setuju dengan kata2 si botak itu sendiri, "... ni aku empat suku", bermaksud die lagi x siuman berbanding budak tu, dan aku yakin semua orang yang melihat kejadian itu pasti menyumpah si botak sehari semalam atas ke"empatsuku"annya itu..

'Tahniah la pada si botak, ko telah menunjukkan betapa buruknya perangai ko itu dihadapan orang ramai dan anak2 kecil, ko akan dilaknati oleh Allah atas menindas orang2 yang lemah, Ko mmg dasar lelaki dayus, memukul budak kecil.....

Sayu hati aku sampai sekarang masih tak terubat.. masih terbayang2 muka budak tu yang berdarah teruk akibat diTUMBUK si botak laknatullah..

*tak sangka die akan tumbuk budak tu, igtkan da abes marah lepas baling cawan kaca, tgk lagi skali die da kat dpn budak tu smbil hayun tgn..jahanam
*rase kecewa tak dapat buat apa2 mase tu
*rase geram dengan member si botak yang bertindak diam diri, patutunya bagi la member ko tu cool down, bebal betol..

p/s: kepada si botak, yang ko pukul tu budak kecik, dah la budak kecik, tiga suku plak tu, kenapa ko ni teruk sangat?? Jahanam sungguh..??? kalau betol nak tunjuk hebat, cari la yang sepadan dgn ko... apa masalah ko ni??? aku rase ko mmg layak masuk hospital sakit jiwa, sebab ko ni lagi teruk dari tiga suku.. Ingat pesan aku, kami semua sumpah atas diri ko lepas ape yang ko buat mlm ni, dan ingat, budak itu tiga suku, bile2 mase die boleh revenge kat ko tanpa asbab. INGAT!!!!..Allah makbulkn doa orang2 yang teraniaya..

"Ya Allah selamatkanlah budak itu, dan jadikanlah dia manusia yang berguna, sesungguhnya Kau lah Tuhan Yang Maha Adil, Yang Maha mengetahui atas segala sesuatu, kepadaMu kami berdoa dan meminta- Amiin~~~"


Tuesday, November 2, 2010

Dimana Standard Umat Islam...???

Bismillah, dengan nama Allah...yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih,

Setiap hari, pasti akan berlaku kematian dan juga kelahiran yang baru.. beruntunglah mereka yang dilahirkan sebagai muslim, kerana Allah telah menggariskan panduan, dan meletakkan agamaNya pada satu darjat (standard yang mulia dan tinggi). Alhamdulillah~..SyukurTapi malang sekali, semakin meningkat dewasa, zaman semakin berubah, dunia yg dikatakan semakin maju, dan umat islam pada fikiran mereka menganggap diri mereka juga semakin maju. Tapi benarkah kita maju?? Maju dari segi ape??

Dimana standard kita sebagai umat yang maju???

Ade beberapa perkara yang boleh dibincangkan;

1) Makanan: Allah telah mengurniakan satu kelas yang tinggi umat islam, dengan hanya membenarkan mereka hanya makanan yang HALAL. Jangan makan makanan yang haram atau yang subhah. Jauhi arak (atau segala yang berkaitan dengannya), jangan makan babi (banyak dah org bincangkan pasal keburukan babi), jangan makan makanan yang tak disembelih (bangkai), dan banyak lagi.Maka dengan sendirinya, umat Islam menjadi umat yang menjaga standard mereka, mereka tak mabuk, mereka x pula makan makanan yang kotor, dan sepatutnya lah mereka ini berada pada standard yang lebih tinggi daripada umat-umat lain didunia ini.

2) Pakaian: Adalah menjadi kewajipa setipa muslim untuk menjaga aurat mereka, dan telah diwahyukan akan kewajipan menutup aurat, maka yang perempuan diwajibkan melitupi rambut mereka, dan menutup aurat yang pendorong nafsu syahwat mereka. Maka dengan itu, terkawal lah pergaulan bebas antara mereka, dan murnilah akhlak mereka. Disinilah diletakkan kemajuan sahsiah diri umat Islam itu sendiri, dan itu menjadi satu standard yang tinggi dalam defini ketmadunan.

3) Pergaulan: Islam menggariskan panduan lengkap tentang pergaulan sesama umatnya. Bagaimana Islam membatasi pergaulan lelaki dan perempuan, juga bagaimana Islam mengajar umatnya supaya saling menghormati (menjaga aurat juga menjaga kehormatan orang lain), dan sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara. Maka dengan ini, sesungguhnya umat Islam secara keseluruhannya adalah setaraf, iaitu pada standard yang lebih tinggi dari umat yang lain dimuka bumi ini. Menjaga hubungan sesama manusia dengan saling menghormati mewujudkan suasana harmoni yang menjaga akhlak muslim itu sendiri. maka jauhlah umat Islam itu daripada kes-kes buang anak, seks luar nikah, pembunuhan, rasuah, penipuan, politik wang, pergaulan bebas, homoseks, dan sebagainya. maka disinilah letaknya kemajuan umat Islam secara keseluruhannya.

4) Ilmu: Islam itu didatangkan pada RasulNya dengan perkataan "Iqra', yang bermaksud, " bacalah!", apa yang harus dibaca?? Maka Islam menggariskan panduan kepada umatnya supaya umatnya menuntut ilmu yang bermanfaat, ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi pada masa yang sama. tidak ketinggalan dengan itu, diseru pula umat islam itu supaya mengamalkan ilmu yang diperoleh dan di ajarkan kepada orang lain sebagai amal jariah. Tak pula luput pahala ilmu yng bermanfaat itu jika diturunkan kepada orang lain dan diamalkan sepanjang zaman. maka beruntunglah Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan yang seangkatan dengannya. Tidak ada orang yang lebih dipandang mulia didunia sekarang ini jika hendak dibandingkan dengan orang yang tinggi ilmunya. Oleh itu sekiranya umat Islam itu menuruti sarana Islam itu supaya menuntut ilmu, maka umat Islam akan menjadi umat yang paling disanjungi didunia.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dibindangkan tentang ketinggian status umat Islam yang sebenarnya. Namun begitu, 4 faktor ini sahaja sudah menjadi beban yang amat berat untuk ditanggung umat Islam kini.Sangat sedih jika kita LIHAT dan kita FIKIR akan 4 faktor ini. Adakah umat Islam ini berada pada kelas atau standard yang Allah tetapkan??? Adakah umat Islam kini dipandang tinggi oleh umat dunia?? Adakah umat Islam kini mempengaruhi dunia sejagat??? Anda jawablah sendiri~~~..

*sedih dan lucu bila tengok gadis2 melayu yang mengaku diri mereka islam, tapi pakai hotpants pegi kedai Mamak..haha**adakah kita maju dengan hanya mendirikan bangunan seratus tingkat sahaja???*

Wednesday, October 20, 2010

Islam menuntut umatnya berilmu

Assalamualaikum..

khaifa halukum??? nimen hao?? comment-allez vouz??? apa khabar semua..??

aku sehat Alhamdulillah.. .

rasenye dah lame aku x menulis kat blog ni.. dan ia pon semakin sunyi.. sunyi dan sunyi..
sori la sbb dah xde inspirasi nak menulis.. layan facebook pon da bosan skang ni, jadi aku tertanya2 pada diri aku, apebende yg aku boleh buat?? selain daripada benda2 yg biasa aku buat (asyik2 fb, karok, movies, makan) bende same yg aku rase xde faedah sgt pon..

jadi aku sekali tergerak untuk membaca, buku pertama yang aku khatamkan adalah "Iskandar Bukan Zulkarnain".. Nak kata minat sejarha itu tak lah, tapi semakin aku baca aku semakin tertarik dengan isi kandungan buku itu. dari situ aku tau yang mana sejarah yang sebenar, timbul rase kesal bila manusia zaman sekarang tersilag mengagungkan orang kerana propaganda dan fakta sejarah yang silap.

"those who cannot remember the past, are condemned to repeat it"

ungkapan ini aku dah dengar sejak dari sekolah lagi, (ada dalam buku sejarah), tapi tak pulak aku terfikir bahawa buku sejarah sekolah itu banyak yang salah..?? hmm..

kemudian aku tertarik kepada sebuah video, boleh dikatakan teori konspirasi tentang zaman manusia, bermula dari zaman batu, zaman besi dan seterusnya.. dan si pengarang video itu telah menyatakan tentang sumber yang diambil, iaitu drpada pengarang terkenal, Harun Yahya daripada bukunya yang bertajuk, Zaman Batu-Satu Kesilapan Sejarah.. Ditimbulkan pelbagai2 andaian dan konspirasi yang boleh mempengaruhi fikiran (ada mungkin betul juga).

pada masa yang sama, aku sudah mmbeli dan sedang membaca sebuah buku, "The Choice-Perdebatan Islam-Kristian: Ahmad Deedat", buku yang ditulis daripada sumber perdebatan beliau dengan mubaligh2 kristian diseluruh dunia. semoga roh Syeikh Ahmad Deedat dicucuri rahmatNya. daripada hasil tulisan beliau itu, aku sedar betapa aku sendiri tidak mengetahui akan perkara yang jelas tertulis didalam AlQuran. juga sejak membaca buku itulah aku jadi tahu tentang AlQuran.. timbul rase dalam diri betapa jahilnya aku dengan agamaku sendiri.. terfikir juga sekiranya ada mubaligh kristian yang datang padaku dan bertanya "anda percaya syurga dan neraka?", japannya sudah tentu, tapi bila ditnya lagi, "dimana syurga dan neraka anda?", apa yang harus aku jawab??? (tolong jawabkan utk aku siapa yang boleh)

daripada buku ini juga, dijelaskan dengan cukup JELAS betapa AlQuran itu adalah nskhah/kitab/sumber sejarah yang lengkap, cukup lengkap, dari segala zaman, bermulanya daripada zaman nabi besar Adam a.s.... Juga AlQuran merungkai persoalan siapakah Jesus?? tentang kelahirannya, dan juga pengubahsuaian fakta sejarah dari kitab Injil yang telah dimanipulasi oleh pihak gereja Kristian. Terima kasih kepada Syeikh, kerana menjelaskan tentang penyelewengan Bible, daripada Old Testament hingga ke Revised Standard Version, yang mana telah berlaku olahan dalam isi kandungan kitab tersebut..( Bagaimana Kitab yang dianggap suci, oleh penganutnya, boleh diubahsuai oleh penganut mereka sendiri??).

Juga aku tertarik kepada penjelasan Syeikh tentang kandungan Bible yang boleh dipertikai, contohnya ; kandungan pornografi yang tinggi (Dalam Kitab Suci????), konsep triniti, Daud dan banyak lagi..

Dari situ aku dapat lihat betapa AlQuran adalah sumber yang Lengkap lagi suci tanpa diubahsuai. Tepat sekali jika kit katakan AlQuran adalah sumber yang kekal sepanjang Zaman, 'The Living Legend'.

Persoalannya sekarang, adakah kita mengetahui bahawa AlQuran itu adalah sumber 'asli' yang termahal sekali didunia???

Sedar tak sedar setiap rumah org Islam di Dunia ini memiliki paling tidak senaskhah AlQuran, Maka sebenarnya umat Islam adalah umat yang paling kaya didunia, mereka memiliki 'permata' yang lebih mahal daripada Pink Panther..Setiap org Islam, Anda Adalah Manusia Yang Kaya, Penyimpan Harta yang Paling Berharga.

Sayang sekali, semakin jauh kita dengan AlQuran kerana mengejar dunia. Nak kete Lancer (Inspira dah la), nak umah besar (harga rumah makin naik), nak gaji besar (baru mampu beli Banglo), nak bini lawa (baru puas hati), semua itu adalah keinginan manusia. Keinginan yang dipengaruhi dunia barat, kemewahan yang dilanda kerosakan. Yang jelas, orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Puncanya adalah kejauhan kita dengan AlQuran.

tahu tak kat dalam AlQuran itu tidak pernah menyebut tentang salasilah keturunan Muhammad?? dan berapa kali nama Junjungan Besar kita, Muhammad s.a.w disebut dengan jelas dalam AlQuran?? kepada orang2 kristian, rujuklah surah Maryam, maka anda akan jumpa jawapan kepada siapa itu Jesus yang sebenar.. jangan pesongkan diri anda makin jauh dari agama yang sebenar.

akhir kata, Islam itu adalah sumber ilmu yang luas, AlQuan sebagai bukti, tiada kitab yang boleh menandingi kehebatan AlQuran, walaupon semua manusia didunia ini berusaha bersama-sama untuk menandingi mukjizat AlQuran, walau dengan pertolongan Jin sekalipon, nescaya tidak akan sama dengan AlQuran itu.

mari kita sama2 menimba ilmu, banyakkan membaca, terokai AlQuran, sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya membaca, sepertimana yang disarankan dalam AlQuran itu sendiri.
dari membaca itulah bercambahnya ilmu pengetahuan, dan ilmu itu dikongsikan bersama bagi mencambahkan lagi kematangan minda.

Sekian...Wassalam..~~

Tuesday, September 28, 2010

No title

Hari Raya yang baru berlalu ini membawa kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Rasanya inilah hari raya yang aku bersungguh2 nak menyambutnya. Aku pon x tahu sebab yang sahih, mungkin sebab aku terasa inilah Hari Raya terakhir untuk aku sebagai seorang manusia yang bergelar 'student'. Pastinya Hari Raya yang akan datang (InsyaAllah kalau dipanjangkan umur) berbeza, entah dimana aku berada pada masa itu, apa yang aku buat, dan bagaimana keadaan aku?? Semua itu diluar lingkungan kuasa manusia untuk mentafsir. Hanya yang Maha Kuasa yang mampu menentukan segalanya..


Cerita pasal hari raya, terlintas kat fikiran aku tentang suatu benda yang menarik perhatian. Tiga orang anak sedara aku yg umur nya lebih kurang (lahir sama tahun), dalam lingkungan 2 tahun (dengan nilai tambah), Anis, Alia, dan Adek (anak abg Man). Suatu perkara yang menarek, mereka ni belum fasih bercakap. Dah jadi kebiasaan untuk kanak-kanak ni mula bercakap dengan mula menyebut nama “ibu”, “ayah”, “abah”, “mak” dan seumpama dengannya. Yang menareknya disini, tiga orang dak kecik ni, membahasakn emaknya dengan gelaran ibu. Tapi bukan “ibu” yang keluar dari mulut dak-dak ni, tapi “abu”.Jadi setiap kali mereka memerlukan ibu mereka, bukan ibu yang mereka panggil, tapi abu.


**Rasa kesian kat emak2 dak-dak kecik ni, bukan jadi ibu tapi jadi abu. Hehehe ~^^


Ada suatu yang simbolik disebaliknya. Kita belajar membaca dengan mula mengenal huruf. Maka bermulah kita belajar A, B, C ila akhir.. Siapa yang susun abjad ni? Kenapa mula dengan A tak mula dengan I?? Kenapa Carmenta dan Evander mulakan abjad Greek awal ni dengan A??? TAK cukup dengan tu, kita juga belajar Jawi (arabic characters) dan juga ianya bermula dengan ALIF yang bunyinya sama dengan A.


Huruf A ni paling banyak guna dalam ayat kot? Mungkin juga, kalau anda kira huruf A dalm teks ini, saya pasti ianya lebih dari huruf2 yang lain. Tapi kenapa kita guna banyak A??


Sebabnya, huruf A adalah yang paling senang dipronouncekan. Hinggakan dak-dak kecik tadi pon nak nak sebut “ibu” tersyasyul jadi “abu”. Mulianya ciptaan Allah, sejak dari zaman sebelum terciptanya huruf2 ini lagi, manusia sudah berinteraksi dengan sebutan paling mudah, “A”. Sebelum manusia itu belajar huruf2 Roman ni pon dia sudah pandai menyebut sebutan A. Dari sinilah kita bermula. Tiada A tiadalah Ayah, tiada Ayam, Tiada AAAAAAAHHHHHHH~~~..


Begitu juga halnya dengan nombor. Mengapa nombor bermula dengan 1? mengapa tak mula dengan 100?? sebabnya, jika tiada 1, maka tiadalah 100.


Simboliknya, semua perkara dalam hidup ini akn dimulakan dengan suatu yang simple, seperti hebatnya Allah menciptakan manusia daripada segumpal darah, seperti kejadian terhasilnya air hujan daripada wap yang tersejat dari bumi. Semua ini berlaku mengikut peraturan alam yang telah ditetapkan. Begitulah asam garam hidup ini. Tiada yang asas, maka tiadalah yang advance. Tiada yang mudah, maka tiadalah yang sukar.


**Renung2kan dan selamat beramal ~^^**


p/s: prktikal da nak abes, bersediakah aku utk ke alam baru? Boleh kah?? huh gementar~~

Friday, September 17, 2010

kata-kata bicara


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim~.. dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

aku bermohon perlindunganMu daripada kesesatan hati.

lama sudah blog ini tidak disi dengan kata-kata yang membuka minda. sering orang sibuk berbicara tentang perkara-perkara yang mengasyikkan, menghiburkan, dan melalaikan..

tapi bila kita fikirkan tentang kehidupan, seronok kita itu bukan suatu yang kekal, gembira kita itu bukan suatu yang konkrit, senang kita itu hanya sementara.. sepertimana yang telah dinyatakan dalam hadis Rasululllah s.a.w,

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

ramai yang tahu akan hadis yang popular ni, tapi tak ramai yang ambil peduli atau barangkali sibuk dengan hal masing-masing hingga terlupa tentang saranan nabi. Maklumlah, dunia serba miden dan serba canggih, semua orang tak mahu ketinggalan, betul juga tu, "bukan ke itu satu daripada ciri yang dinyatakan dalam hadis tadi??". ya.. memang anda betul, tapi betula anda itu biarlah berlandaskan alquran dan sunnah. Agama tidak melarang umatnya mengejar kemajuan, kemewahan, kesenangan dunia, tetapi islam menggariskan panduan yang jelas tentang cara hidup yang diredhai Allah. Tak salah nak mengejar kemajuan, asalkan kita dijalan yang benar. sejauh mana benarnya?? Sumber yang Halalan Toiba (halal lagi baik).

menyentuh tentang perkataan popular, rasanya ramai yang inginkan popularity. Lagi-lagi aman sekarang ini yang media hiburannya seluas air dilautan, macam-macam ada~!! nak tengok?? tekan je~..^^, tak ramai antara kita yang kenal tokoh2 islam aman dahulu, bahkan antara kita yang kenal imam dikawasan mukim kita solat jumaat. Orang lebih kenal Ning Baiura daripada Siti Khadijah, lebih kenal budak Sepah daripada khulafa ar-Rasyidin.. huh, mungkin berat apa yang saya sentuh ini, tapi bukan saya berniat untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi kita perlu sama-sama sedar, siapa diri kita, dimana kita berada, bumi mana kita pijak..

kata-kata yang sangat berat diluahkan dari dalam hati.. mungkin ada rasa marah yang terpendam sekian lama, tidak berdaya diungkapkan.. siapalah hamba ini, insan yang lemah dibumi pinjaman Tuhan..Sejujur bucara kulempar hari ini, buat pedoman diri sendiri yang hina, mohon ampun dan maaf kepada semua, salah silapku tidak disengaja, mohon diampun dosa sesama kita.

kata-kata itu sukar dibicara, bila intipatinya sangat dalam....
selamat hari raya, maaf ahir dan batin...



Tuesday, June 29, 2010

cuti n World Cup

Assalamualaikum...hello, hye, ni hao, salut, kabare, apa khabar semua..
semua tu bpe rmi je la agaknye..
haha

Lama betul x bkk blog, n lama jgk aku x berkongsi sesuatu

kali ni aku cme nak memeriahkn cuti yg dah berlalu ni...bnyk btol aku berfoya2 cuti nih.. mcm bdk2 baru abes spm plak rasenye.. padahal umo dah 23.. mmber2 sebaye da kawen da.. haha, x kesah la kan, bukan selalu.. time2 cuti je, lagi pon masih blum ade komitment lain.. so aku beri komitment kat diri aku dulu..

nak dipendekkn cerita, aku miss trip memanciing yg diinginkn.. tp aku gembira dpt jmpe kwn2 lain at batu pahat homestay..n tibe2 plak aku suke men teka teki..haha, seronok plak..
aku harap ramai lagi yg dtg sebenarnye, tp at least 10 pon da cukup la..

Thanks to everyone yg beri komitment dlm menjayakan program trsebut...
azeelaOnn
dayanaAhmad
sahidaAkmal
zaidahIbrahim
IzalFirdaus
SayedSyarifudin
RumaihahRoslan
ezaan(fullname xtau)

pertemuan singkat yg menggembirakan hati semua org..
aku gembira semua yg hadir pulang dengan senyuman..sebab mmg itu yg aku harapkan dr semua yg hadir..

bcakap psl Piala Dunia ni, aku rase sesuatu yg aneh dalam diri masyarakat Malaysia ni(tiru ayat dlm citer lagenda budak setan). aku nak persoalkn kat sini, kenapa masyarakat kita sanggup bergaduh psl team yg diorg sokong, sedangkan team trsebut bukablah team Negara kita.. maka disini, nilai patriotik dlm jiwa masyarakat kita dilihat sgtlah rendah..( ini merujuk kpd kes2 tertentu).. bagi aku cukup la sekadar suka2 dan jgn lah smpi brgadoh psl negara org lain..
majukan team negara kita, biar masuk world cup, then mase tu klu nak gado untuk negara pon aku x halang.. cume biarlah kita berfikiran professional...
anyway, aku suke tgk spain main... beautiful footbal all over the place..hope mereka akan pg final.. VIVA ESPANA..huhu

***cuti da nak abes.. x puas..nak kuar foya2 lagi.. huhu***




Monday, February 22, 2010

::masa::


-masa mencemburui kita
-demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian
-masa itu emas

Salam.. aku kembali lagi setelah lama menyepi. bukan sebab aku xnak menulis, tapi sebab aku kesuntukan masa. MASA..

bercakap mengenai masa ni lah yang mendorong aku berfikir sejenak, bahawa tingginya martabat masa yg diciptakan oleh Sang Pencipta. Betapa dunia ini dipengaruhi keseluruhannya oleh masa. bagaimana diciptakan peredaran masa itu menyebabkn berubahnya muka bumi ini.

tapi sayang, masa sering dipersalahkn, disalahgunakan, dibazirkan..

seorang manusia itu lahir kedunia sebagai seorg bayi yg suci bersih hatinya, kelak menjadi dewasa yg ntah bagaimana rupa hatinya akibat peredaran masa. seorang yang bertaruh cinta sejatinya dengan pasangannya juga, akhirnya tewas dengan peredaran masa. "takkan mungkin kita dapat hidup bersama selamanya"-itulah yg paling benar..

sedih sang pencinta, beransur ceria dengan perubahan masa, hilang seorg yg dicinta akan diganti dalam suatu ketika nanti..

mas juga satu element penting dalam bidang teknikal
belajarlah dinamik, pasti masa itu pengaruh utama,

kaji juga optimization,
pasti masa satu parameter..

aplikasikan juga industrial /production management,
time cycle jadi mainan harian..

jelas, kita takkan dapat lari dari masa, sedang aku yg menukilkan luahan ini juga meminjam masa yg dipertanggungjawabkn keatasku, untuk renungan kita bersama..

kepada semua, biarlah masa itu mengubah hidup kita, pergilah kita bersama arus masa, yang silam dijadikn tauladan, yang dihadapan tidak kelihatan, ayuh kita ukirkan sempadan..

layaknya sang pencinta menjadi insan bahagia,
sarjana berbakti dengan masa saksama..

ikhlas..

__+HARGAI MASA ANDA+__

Sunday, January 24, 2010

Weekend-Hangout-Enjoy???

Assalamualaikum..

salam 1Malaysia kpd yg bukan muslim..

Entry kali ni berkait rapat dgn pengalamn mutakhir aku sebagai rakyat Malaysia ni..

Bile tiba hr jumaat, semua org x sabar2 nak blk umh, klu boleh nak balik awl, stress ngan keje, mnyebabkn bnyk keje dibiarkan saja utk hr isnin yg berikutnya.. dalam hati semua ckapa, "yeah, akhirnya weekend, boleh enjoy!!"

itu lumrah hidup org yg dah brkerja, tapi semalam baru aku sedar, rupanya budak2 kecik ni lagi hebat dalam hal mereleasekn tekanan perasaan mereka.. kebetulan aku pon keluar ngan kawan2, bukan buat apa la, cuma dah lame x jmpe, so, spend sometime ngan diorg utk menjoyah sebakul dua..(jgn ditiru aksi ini), Sunway pyramid mnjadi lokasi prjmpaan, sekali sekala tuka angin, asyik lepak midValley je kan.. huhu

nak dijadikan cerita, aku tgk bdk2 kecik skarang ni mcm dah hilang rasa hormat pd org yg lebih tua, budak2 sekolah, selambe je peluk2 kat tgh2 org rmi tu, dgn dressing yg pelik dr lumrah alam.. bukan nak kata pmpuan, lelaki pon same pelik.. yg ade tu dah mcm katun aku tgk.. hahaha..sorry to say la ye adik2 sekalian.. aku rase time aku skolah dlu pon ade jgk ktorg kuar time weekend ni, tp buka dgn gaya sedemikian.. so plz la behave yourselves.. aku yg tgk ni pon malu, korg x rase malu ke??

aku rase rmi abg2 n kakak2 yg ade kat sane pon prhatikn bnde ni.., n diorg pon msti setuju ngan kata2 aku ni.. yg menyedihkn plak tu, bdk2 skolah ni semua melayu..MELAYU!!! ISLAM kah???? ada MARUAH?? haih!! ni aku dah panas giler ni.. Astaghfirullahalazim..~~

kepada mak bapak yg ade anak tu tolong la prhatikn anak2 anda, jgn dimanjakn dengan wang, hiburan dan kebebasan yg mnyebabkn akhlak mereka semakin pudar.. aku x ckp la budak2 ni golongan yg x mnyumbang kemajuan negara, sebab diorg cerdik sebenarnye.. tp aku nak cakap, dlm kebesan mereka bersosial tu, perlu ada garis panduan yg menentukan cara hidup mereka..

aku dapat lihat akhlak remaja semakin pudar.. kesedaran civik makin kurang, itu baru kesedaran civik tu, belum ckp psl iman lagi.. sama2 la kit mnjga warisan kita nnti InsyaAllah.. semoga kita dijauhkan dari malapetaka..


p.s:to safuan, semoga anak2 ko x jd macam tu..amiiin~~

Saturday, January 16, 2010

Malaysia yg indah

Assalamualaikum n salam satu Malaysia.. lame dah rasenye x update blog nih, n lama juga rasenye aku x gne public transport until yesterday: my latest ride in ktm komuter..huhu

nak dijadikan cerita, sbb dah lame sgt x naek public transport, bile smpi2 je kat stesen komuter tu, aku jd excited giler, naseb bek bleh control ayu..hakhak.. tp peluh jantan keluar jgk time tuh.. bkn ape pon, cme excited trlebih2.. bile dah naek, fuh~~, aku terasa semangat 1Malaysia yg sgt hebat.. x sangka rkyat Malaysia yg berbilang kaum nih cantek2 rupanya (tenx to amoi yg sgt comel..heii, geram btul tgk amoi tu..hahaha).. seronok giler rasenye..

tp yg x bestnye, ade satu attitude rkyat Malaysia yg buruk time citer psl komuter nih.. First, rakyat Malaysia ni, dia malas nak kongsi2, klu boleh dia sorang je nak nek komuter.. bkn nak kata la, tp mase aku nak naik komuter tu, aku rase macam aku tgh "scrum" mase main rugby plak.. yg dahsyatnye, aku igt lelaki yg scrum, rupanya awekz2 yg scrum.. peh, segan giler aku..

secondly, rakyat Malaysia ni x paham bahasa kebangsaan sendiri.. pilot kmutr tu punye la rajen bgtau tiap2 kali berenti "sila beri laluan kepada penumpang yg turun trlebih dulu~!" bukan sekali dua, tiap2 kali berenti..tapi masih jugak x paham.. xtau la, maybe diorg yg nak nek komuter ni pon excited cam aku kot, tp aku x la smpi mcm tu.. smpaikn aku nak turun dr kmter tu pon trpakse merempuh segala halangan yg ada, sori la ye, sape2 yg aku rempuh semalam.. cumenye, jgn la excited nak duk dpn pntu tu.. kan dah smpi ade auntie chinese tu mrh smlm sbb org x bg laluan kat die.. hahaha..

kesimpulannye, disebalik kecantikan rupa paras rkyat Malaysia ni, masih ada bnyk prkara yg prlu diperbaiki, antaranya mentality, disiplin, self-behavior, tu semua kene ambil kira la ye..aku tau, rmi org skang ni nak keja masa, tapi, klu kita ada disiplin yg btul, xkan jadi hal2 sedemikian rupa(yg aku crita kat atas td)

until next time, bye2 (^.^)/
Assalamualaikum~..


p/s: seronok dpt usha awekz2 n amoiz2 cun.. senyum la ckit =)

Wednesday, January 6, 2010

FT ISLAND-I hope