Wednesday, October 20, 2010

Islam menuntut umatnya berilmu

Assalamualaikum..

khaifa halukum??? nimen hao?? comment-allez vouz??? apa khabar semua..??

aku sehat Alhamdulillah.. .

rasenye dah lame aku x menulis kat blog ni.. dan ia pon semakin sunyi.. sunyi dan sunyi..
sori la sbb dah xde inspirasi nak menulis.. layan facebook pon da bosan skang ni, jadi aku tertanya2 pada diri aku, apebende yg aku boleh buat?? selain daripada benda2 yg biasa aku buat (asyik2 fb, karok, movies, makan) bende same yg aku rase xde faedah sgt pon..

jadi aku sekali tergerak untuk membaca, buku pertama yang aku khatamkan adalah "Iskandar Bukan Zulkarnain".. Nak kata minat sejarha itu tak lah, tapi semakin aku baca aku semakin tertarik dengan isi kandungan buku itu. dari situ aku tau yang mana sejarah yang sebenar, timbul rase kesal bila manusia zaman sekarang tersilag mengagungkan orang kerana propaganda dan fakta sejarah yang silap.

"those who cannot remember the past, are condemned to repeat it"

ungkapan ini aku dah dengar sejak dari sekolah lagi, (ada dalam buku sejarah), tapi tak pulak aku terfikir bahawa buku sejarah sekolah itu banyak yang salah..?? hmm..

kemudian aku tertarik kepada sebuah video, boleh dikatakan teori konspirasi tentang zaman manusia, bermula dari zaman batu, zaman besi dan seterusnya.. dan si pengarang video itu telah menyatakan tentang sumber yang diambil, iaitu drpada pengarang terkenal, Harun Yahya daripada bukunya yang bertajuk, Zaman Batu-Satu Kesilapan Sejarah.. Ditimbulkan pelbagai2 andaian dan konspirasi yang boleh mempengaruhi fikiran (ada mungkin betul juga).

pada masa yang sama, aku sudah mmbeli dan sedang membaca sebuah buku, "The Choice-Perdebatan Islam-Kristian: Ahmad Deedat", buku yang ditulis daripada sumber perdebatan beliau dengan mubaligh2 kristian diseluruh dunia. semoga roh Syeikh Ahmad Deedat dicucuri rahmatNya. daripada hasil tulisan beliau itu, aku sedar betapa aku sendiri tidak mengetahui akan perkara yang jelas tertulis didalam AlQuran. juga sejak membaca buku itulah aku jadi tahu tentang AlQuran.. timbul rase dalam diri betapa jahilnya aku dengan agamaku sendiri.. terfikir juga sekiranya ada mubaligh kristian yang datang padaku dan bertanya "anda percaya syurga dan neraka?", japannya sudah tentu, tapi bila ditnya lagi, "dimana syurga dan neraka anda?", apa yang harus aku jawab??? (tolong jawabkan utk aku siapa yang boleh)

daripada buku ini juga, dijelaskan dengan cukup JELAS betapa AlQuran itu adalah nskhah/kitab/sumber sejarah yang lengkap, cukup lengkap, dari segala zaman, bermulanya daripada zaman nabi besar Adam a.s.... Juga AlQuran merungkai persoalan siapakah Jesus?? tentang kelahirannya, dan juga pengubahsuaian fakta sejarah dari kitab Injil yang telah dimanipulasi oleh pihak gereja Kristian. Terima kasih kepada Syeikh, kerana menjelaskan tentang penyelewengan Bible, daripada Old Testament hingga ke Revised Standard Version, yang mana telah berlaku olahan dalam isi kandungan kitab tersebut..( Bagaimana Kitab yang dianggap suci, oleh penganutnya, boleh diubahsuai oleh penganut mereka sendiri??).

Juga aku tertarik kepada penjelasan Syeikh tentang kandungan Bible yang boleh dipertikai, contohnya ; kandungan pornografi yang tinggi (Dalam Kitab Suci????), konsep triniti, Daud dan banyak lagi..

Dari situ aku dapat lihat betapa AlQuran adalah sumber yang Lengkap lagi suci tanpa diubahsuai. Tepat sekali jika kit katakan AlQuran adalah sumber yang kekal sepanjang Zaman, 'The Living Legend'.

Persoalannya sekarang, adakah kita mengetahui bahawa AlQuran itu adalah sumber 'asli' yang termahal sekali didunia???

Sedar tak sedar setiap rumah org Islam di Dunia ini memiliki paling tidak senaskhah AlQuran, Maka sebenarnya umat Islam adalah umat yang paling kaya didunia, mereka memiliki 'permata' yang lebih mahal daripada Pink Panther..Setiap org Islam, Anda Adalah Manusia Yang Kaya, Penyimpan Harta yang Paling Berharga.

Sayang sekali, semakin jauh kita dengan AlQuran kerana mengejar dunia. Nak kete Lancer (Inspira dah la), nak umah besar (harga rumah makin naik), nak gaji besar (baru mampu beli Banglo), nak bini lawa (baru puas hati), semua itu adalah keinginan manusia. Keinginan yang dipengaruhi dunia barat, kemewahan yang dilanda kerosakan. Yang jelas, orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Puncanya adalah kejauhan kita dengan AlQuran.

tahu tak kat dalam AlQuran itu tidak pernah menyebut tentang salasilah keturunan Muhammad?? dan berapa kali nama Junjungan Besar kita, Muhammad s.a.w disebut dengan jelas dalam AlQuran?? kepada orang2 kristian, rujuklah surah Maryam, maka anda akan jumpa jawapan kepada siapa itu Jesus yang sebenar.. jangan pesongkan diri anda makin jauh dari agama yang sebenar.

akhir kata, Islam itu adalah sumber ilmu yang luas, AlQuan sebagai bukti, tiada kitab yang boleh menandingi kehebatan AlQuran, walaupon semua manusia didunia ini berusaha bersama-sama untuk menandingi mukjizat AlQuran, walau dengan pertolongan Jin sekalipon, nescaya tidak akan sama dengan AlQuran itu.

mari kita sama2 menimba ilmu, banyakkan membaca, terokai AlQuran, sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya membaca, sepertimana yang disarankan dalam AlQuran itu sendiri.
dari membaca itulah bercambahnya ilmu pengetahuan, dan ilmu itu dikongsikan bersama bagi mencambahkan lagi kematangan minda.

Sekian...Wassalam..~~