Friday, January 28, 2011

Mee Bandung, Sirap Bandung..???

Assalamualaikum...

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia,

Lama dah x update Blog, agak sibuk kebelakangan ni, ada urusan di Bandung, Indonesia.

Personally, I can't really say that Bandung is a nice nor a bad place at all.. There are some parts there which are interrupting the beauty of the highland.

Sayang sekali bila kita ada tempat yg cantik, tapi akhirnya dicemari dengan sesuatu yg merosakkan kecantikan tersebut. Mungkin ade tempat2 yg mmg terpelihara kecantikannya, dan aku belum berkesempatan ke sana (next time for sure), tapi dari pandangan mata kasar, inilah yg dinamakan Indonesia.

Food?? Well Nasi Timbel is better than Nasi Padang.. hehe

Can't really say much, Here are some photos taken. Enjoy~^^

Jupiter MX semakin didepan.. yeahh~!!! haha ^^

Kota Baru Parahyangan, tempat yg mmg cantek, lebih aman dari tempat2 lain.. more feel like home..

Macet~!!!!!! Arghh.... I think the local gov should take proactive action!!

Rase kesian, pelik dan bermacam2 rase bile kereta didatangi oleh seorang kanak2 kecil, menyanyi2 sambil mengoncang2 botol air berisi duit syiling.. "x boleh bagi, klu kite bagi, polisi nmpak, kita yang kne saman.." so, tgk je la...




Beberapa gambar dari bukit di Dago, mmg cantek, tiap2 hujung minggu ade acara berbasikal, mendaki bukit.. View mmg cantek, tapi hotel service mmg teruk, xyah pg hotel ni la lain kali.. rp400000/night surely not worth it..


Ni hotel tmpt tggl terbaik kami.. Mason Pine Hotel, 5 stars... Nice view, nice facilities, semua ada.. Thank You Mason Pine, aku da cilok 2 selipar korang.. haha

Thank You kat mereka ni sbb tunaikan requested song drpd kami, Sang Mantan-Nidji, semoga sukses selalu.. Jumpa lagi bulan depan.. haha, abes la korang..=p
Coca cola?? Nope, Teh botol la.. sedap oo.. huhu

Produk tempatan, Bukan Cuma Ayam..Cikarang Fried Chicken (CFC)

Disini lah tempat kami makan setiap hari, Warung Nasi Ampera, makanan Sunda, sedap, cuma kurang lauk berkuah, agak lari sedikit dari selera asal org Malaysia, btw, ini je la tmpat trbaik yg boleh ktorg pg tiap2 hari.. huhu




Yg ni, makanan pertama aku di Indonesia, aku tak tau ape name makanan ni, tapi agak sedap juga, sepatutnye aku order bebek mase tu, rase rugi plak.. huhu ^^



Till we meet again, Bandung, Dimana bisa ku cari Mee Bandung???

"Hatun Nuhun, Kana Kasumpinganna~!!^^"


Friday, January 7, 2011

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

BOLEHKAH BERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM?

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.

Nuruddin, Selangor.

Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;

1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:

“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).

2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.

3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):

“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

zakat1.jpg

4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:

“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).

5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)

“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.

Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:

“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).

Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.

6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!

7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)

“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).

8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).

Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.

9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: pelik jugak bile tiap2 tahun lembaga zakat boleh keluarkan statement pasal lebihan pungutan zakat sampai berjuta-juta sedangkan rancangan Bersamamu masih lagi wujud kat tv3...

source: http://drmaza.com/home/?p=1325

Thursday, January 6, 2011

kerja...

Assalamualaikum..

huh.. penat lelah selama 15 tahun bergelar seorang pelajar akhirnnya tamat, bila aku diterima bekerja. Company status agak memberansangkan, tapi agak mengecewakan juga (gaji ciput), but the important thing is the experience. Jadi aku mengikhlaskn diri aku kerja. Kerja syok ma.. title engineer pon ade kira OT+Outstation+Claim allowance yg bermacam2. Tapi (sekali lagi tapi) macam aku cakap tadi, rate die rendah. Pelik juga. Kata Company international, tapi rate rendah, paling x berbaloi bile outstation dlm negara, tolak itu ini, abes dah elaun nye. hahaha..

Kecewa juga pada mulanya, semua benda aku tak tau. tapi slow2, i'm proving myself capable to compete with those people. Sebagai PLC programmer, aku ada meja sendri kat ofis, but the best thing is, semua programmer yg dlu2 pon, mase mula2 masuk mereka akan duduk kat assembly department selama 3 bulan dlu before naik ke ofis sendiri. Tapi aku tak, dan ini telah menimbulkan tanda tanya dikalangan mereka yg terlibat.."kenapa you boleh trus naek atas, xde training kat bawah dlu??", tanya mereka. "Wa xtau ma.. u tnya bos la..dia xde suruh saya training kat bawah pon", itu je la jwapan yg mampu aku berikan...

Sori guys, bukan aku dah rasuah bos tu, dan aku pun kalau boleh mmg nak duk department bwh, lagi best kot, bleh keje macam2, install macam2, banyak yg aku boleh blaja, jauh dari bos plak tu.. lagi syok.. haha, tapi dah bos suruh macam tu, nak wat camne.. tau2 die suh pg install mesin trus kat site, ngan program PLC nye skali.. mungkin die rase x perlu kot, sedangkn aku rase mmg perlu..

Tapi biar la.. dah masuk bulan ketiga dah pon, and da nak pg outstation dah pon, semoga semua bahagia.. tapi aku merasakan amasalah akan timbul dkt site mase outstation ni.. pasti.. haih, semoga semua dapat diatasi dengan lancar, dan tak menjejaskan reputasi mane2 pihak..

*walaupon dah abes balaja, tapi rasa macam blom blaja apa2 pon*
_rase berat bila tiada dorongan_