Thursday, March 12, 2009

rahsia alam..nilaikan diri..



Allah telah menciptakan dunia ini dengan sangat sempurna.. kesinambungan ekosistem yang sangat tidak mampu ditandingi oleh manusia. kehebatan hanya milik Allah sahaja.

telah dinasihatkan manusia supaya tidak berjalan mendongak ke langit, takut nnti jatuh tersungkur tersepak batu.
sesungguhnya rahsia alam yang diciptakan Tuhan ini amat luas.. sejauh mana pon ahli-ahli sains menyelidik, tidak juga mampu menemui jawapan bagi semua persoalan. mengapa begitu?
kerana itu adalah Kuasa Allah s.w.t. ALLAHUAKBAR..

satu perkara yang menarik untuk diperkatakan ialah tentang hidupan marin yang hidup diwah laut. tanyalah pada sesiapa pon yang ahli dalam bidang tersebut, pasti dia tidak mampu memberi jawapan pada semua perkara.

misteri laut dalam...hanya Tuhan yang tahu.
Giant squid, megalodon, giant jellyfish dan sebagainya.. tak kira juga yang hidup di tasek-tasek seperti lockness monster, naga tasik cini dan sebagainya..

Jika difikir dari segi logik sains, mustahil makhluk-makhluk tersebut dapat hidup.
namun siapa yang tahu?
mungkin juga ia hanya cerita rakyat tempatan yang berkhayal macam-macam. mungkin juga ia hanya cerita yang pada mulanya untuk menakutkan kanak-kanak dari bermain air ditasek-tasek yang bahaya.

namun itulah hakikatnya..
jika ada bukti yangg menyatakan ia tiada, maka tunjukkan pada dunia, biar hilang semua fitnah..dan jika tiada, duduk diam dan kajilah secara berhikmah....

perlunya kita merasa rendah diri atas apa yang kita ada. kerana itu adalah sikap sam'iyyat yang penting dalam kehidupan seharian...
dan jangan lah pula kita demand sesuatu yang sangat sukar dipenuhi..itu hanya akan membawa kehidupan yang lebih susah..

sesungguhnya berlaku adil itu lebih mudah jika kita mahu..

No comments:

Post a Comment