Monday, November 29, 2010

Sang Bunga Kemuncup

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan izin Allah, semakin hari aku semakin berada dijalan yang benar.. semoga diampuni segala dosaku, sebagia manusia yang hina setelah menderhakai tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini.. Astaghfirullahalaziim..~

Cakap pasal khalifah ni, aku mula terfikir tentang mase depan aku sebagai pemimpin keluarga. Macam mane agaknya aku nanti? bolehkah aku jadi seorang suami cum pemimpin yang adil kepada sebuah keluarga? Cukupkah makan anak bini aku?? Bahagiakah aku dengan isteri aku? ( cakap macam da nak kawen esok je,, heheh )

Well, nak dijadikan cerita, aku pernah terdengar sebuah kisah dari kawan aku, kisah teladan kot, sebab tak tahu kesahihannya..

Kisahnya berbunyi begini:

Arakian tersebutlah kisah, disebuah kampung, terdapat seorang pemuda yang menuntut dengan seorang guru (ilmu ape tu aku xtau la..). Maka pada suatu hari, si pemuda ini telah diuji oleh gurunya. Dibawalah pemuda ini oleh gurunya kesebuah padang yang penuh dengan bunga kemuncup.. Pada masa itu, bunga kemuncup semua sedang kembang dengan cantek skali.. rambang mata jadinya pemuda itu..

Maka pemuda itu diarahkan oleh gurunya untuk berjalan dari permulaan padang sampai penghujungnya, sambil memilih satu bunga kemuncup yang paling, amat, tercantek (hyperbola) dan mencabutnya untuk diserahkan kepada gurunya. (dengar macam senang)

Tetapi gurunya menambah dengan satu syarat iaitu, pemuda tersebut hendaklah berjalan terus kehadapan, tanpa berpatah balik..( masih lagi senang kot)

Maka pemuda ini pon menyahut seruan gurnya itu, dan bersiap sedia untuk melepasi ujian yang dianggapnya mudah itu.

Si pemudia itu pun melangkah masuk kepadang yang dipenuhi kemuncup itu. Dia mula mencari2 kemuncup yang paling cantik untuk diberikan kepada gurunya. Terlihat akan dia satu kemuncup yang cantek: segar bugar, warnanya cerah membuatkan dia sangat tertarik dengan bunga itu. Dia pon pergi menghampiri bunga itu dan tatkala ingin memetik bunga kemuncup itu, dia terfikir bahawa mungkin ada lagi kemuncup yang lebih cantik didepan sana. Lalu dia mematahkan hajatnya.

Dengan yakin si pemuda itu meneruskan langkahnya. Dia ternampak lagi satu bunga kemuncup yang cantek, merah menyala, lebih besar dari yang lain-lain, sangat menyerlah, membuatkan die begitu teruja. Namun terfikir lagi dia akan kemungkinan ada bunga kemuncup yang lebih indah didepan sana. Lalu dia menangguhkan hasratnya dan terus berjalan kehadapan lagi.

Beberapa langkah kemudian dia terjumpa satu bunga kemuncup yang cantek.. namun tidak secantek yang dilihat olehnya sebelum ini.. ( bak kate orang, boleh la...), sekali lagi dia terfikir, ada banyak lagi yang indah-indah kat depan sana. lalu diteruskan lagi perjalanannya.

Beberapa kali juga dia teragak2 untuk mencabut bunga kemuncup yang dilihatnya, tidak keruan dibuatnya (indecisive).. ada yang cantek ada yang tidak, da yang sehat, ada yang kurus, ada yang tinggi, ada yang rendah, berbagai-bagai bentuk kemuncup dia jumpa. Dan setiap kali dia teruja untuk mencabut bunga kemuncup tersebut, dia terfikir akan ada yang lebih baik didepan sana, dan ada ketika juga dia terfikir bahawa yang dibelakang itu lebih baik dari yagn dilihatnya. Tetapi sudah menjadi syarat yang dia tidak boleh berpatah balik. maka diteruskan juga perjalanannya.

Hinggalah sampai ke penghujung padang, dia akhirnya tidak mencabut satu kemuncup pun. Hanya kekecewaan yang hadir dalam dirinya, setelah terlalu tamak untuk sesuatu yang lebih baik. Secara ringkas, si pemuda itu telah gagal dalam ujian yang diberikan oleh gurunya. (sape pernah fail mmg akan rase kecewa.. frust giler wa cakap lu..)

Gurunnya hanya tersenyum, lalu berkata, "Tahukah engkau apa yang aku mahu kau faham dari ujian ini?".

Si pemuda hanya menggelengkan kepalanya.

"Berpada-padalah dalam membuat pilihan, berasa cukup itu lebih baik daripada sifat tamak, lihatlah apa yang ada didepan matamu, kerana itu yg lebih jelas bisa kau miliki".

Si pemuda itu mengangguk setuju....


Sekian~..

~Tammat~

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang nak aku sentuh disini ialah sikap seorang lelaki, macam aku nih, suka sangat memilih.. High taste la sgt.. Lebih-lebih lagi dalam soal memilih pasangan hidup. Pendapat yang pernah aku pegang sebelum ni, "bukan nak memilih, tapi pasangan hidup itu adalah orang yang akan kita hidup bersama, pilihlah yang terbaik antara yang terbaik"- yes, that's true, tapi entah bila kita akan jumpa yang terbaik itu, Allah saja yang tahu.

Seelok-eloknya bersyukurlah dengan apa yang ada didepan mata.. ^_______^

*susah btol nak bagi komitmen kat diri sendiri skang nih..huhu..

till next tyme..adios..

wassalam..~

Wednesday, November 3, 2010

3 suku dan 4 suku????

Assalamualaikum..

Aku berlindung dari syaitan yang direjam,

Ini kesah disebuah kedai makan yang baru berlaku didepan mataku:

Ada sebuah kedai makan yang agak popular dikawasan sungai merab, ramai pengunjungnya, tak kira usia, bangsa dan agama. Keluarga yang gemar mkn diluar juga membawa anak2 mereka makan disini. Menunya, You Name It, They Have It. Dari char kue teow, nasi lemak kukus, ala carte,western hinggalah ke yong tau fu.. x disangkal makanan disini mmg sedap, juga harga yang boleh dikatakan standard bangi.

Malam ni, aku bawak kwn2 aku utk mkn kat situ, sbb mereka semua ckp kedai tu mcm meriah je, msti sedap. Jadi mereka pon duduklah, mmg ramai org mlm ni. Servis tip top, baru duduk dah ade org datang amek order (hehe, n bukan nak promote, just mmg mcm tu)..

Disatu masa yg lain;

Lama dulu, mase aku mula2 masuk mfi, dan jadi org bangi (5 taon dah kot), aku pnh trnampak seorg budak lelaki yang gelandangan (terbiar). mase tu die dlm lingkungan 7/8 taon, dengan kurap ditangan nye.. rase sgt kasihan pada dia, sampaikan ade satu kali tu, aku mkn kat mamak dpn kptm, and ade sorg brader yg sgt mulia hatinya, mengajak budak itu duduk, dan diorderkn makanan utk dia, mee goreng klu x salah aku. aku memang respect abg trsebut. (semoga budi baik anda di anugerahkan nikmat dari Allah). Budak ni, aku x tau name die apa, tapi die ni mmg kureng sikit, mcm org lain katakan tiga suku..

lama kemudian aku jarang nmpk budak ni, hinggalah dia mula melepak kat kedai mkn dpn mfi. Memang bagi org yg tak biasa dengan dia pasti akan berasa kurang senang kerana sifatnya yang agak kurang ajar. Namun ramai org tahu yang dia ni adalah seorang yang kurang sifatnya. maka biarkan saja lah.. asalkan dia bahagia (siap isap rokok lg umo baru 10 taon), aku dpt tgk badan die makin sehat, alhamdulillah, ade org jaga dia, Allah itu Maha Penyayang, Dia sayang hambaNya yang penyayang sesama mereka.

nak dijadikan cerita, ade sorang mamat botak, berkulit sedikit gelap, umur dlm lingkungan 40 an, duduk minum bersama rakannya dikedai makan yang kami singgah ni. tgk atas meja die mmg die mkn satay, wow..kenyang dah kot..dah tinggal lidi gamaknya, teringat cerita Papadom, "bile perut kenyang, hati pon senang".

dua orang dariapda member aku ni order char kue teow, sorang lagi order nasi goreng daging merah kot, x sure.. sambil tunggu, borak2 la cket hal negara (haih, mcm2 hal negara Malaysia skang nih), tiba2, budak yang aku ceritakan kat atas td dtg anta char kue teow utk member aku. Aku mmg tau die da keje ngan brader char kuew teow ni lme dah. budak tu pon letak la pinggan char kue teow tu atas meja kami, dan die berlalu pergi.. sambil nak balk ke tempat char kue teow tu, die lalu kat meja brader botak yang aku bgtau tadi, aku ade trdengar brader tu ade cakap2 sikit kat budak tu tapi budak tu buat tak dengar je (maklum la tiga suku). kami ponwat xtau je la..


Tiba-tiba... " Proaaaangkthngangng!!!!!!!!", tekejut aku, ingatkan bunyi ape la.. rupanya, brader botak ni di baling gelas kaca kat budak nih, pecah bersepai sampai trkena muka sorang abg berbaju merah yang tengah tggu char kue teow dia. berdarah jugak aku tgk muka dia, sambil dia mengesat2 dengan tisu. Ynag dahsyatnya, si brader botak ni, da la baling gelas kaca, die boleh marah kat budak pulak
" Ko kurang ajar eh?", "ko tunggu bapak ko balik, aku titik ko dpn bapak ko!!!"
dia marah budak tu.. budak tu kire bekerja la dgn gerai charkue teow ni, so, si penjual char kue teow ni pon ckp la kat brader botak ni, " ape ni bang, xyah la buat macam ni, budak ni tiga suku bang.. tiga suku~~!!"

tapi si botak ni plak makin nak tunjuk lagak, " tiga suku tak tiga suku, ni aku empat suku, ko jgn tunjuk heabt dgn aku eh!!" kata si botak dengan nada bengis.. daripad detik itu, semua pelanggan kat kedai ni da rase x selesa, ramai budak2 kecik plak malam ni, mmg mak bapak kat situ semua dah risaukan anak2 mereka.

Si botak terus membebel, dengan nada takbur, seolah2 dia sorang yang hebat didunia ni. entah apa dia bebelkan.. aku pon x dengar sgt. yang aku peliknya, member die yang duyk mkn sesame ni pulak, xde nak bagi die cool down... die boleh senyum2 plak si botak ni marah2 kat situ..??? empat suku jugak agaknye..

aku rase mungkin dah abes la kot die lepas geram lepas die baling gelas kaca tu.. rupanya tak abes lagi..
betul2 si tokey kedai char kue teow yang jaga budak ni balik dari masjid sambil berkopiah dan berketayap, si botak ni pon pg kat tmpat char kue teow ni, sambil cakap "Pak Y, budak ni kurang ajar la", serentak dengan ayat "budak ni kurang ajar la", die pon bagi satu das PENUMBUK kat muka budak tu. bedarah dahi budak tu koyak.

dan si botak ni pon dah tumbuk die wat tak tau, pg duduk balik kat seat die.. sambil tu Pak Y berlari pg kat budak ni, "Ya Allah, ape ko buat ni.. budak ni tak cerdik, budak ni tak cerdik~!", dengan nada sayu die berkata pada si botak.

"naseb baek aku respek ko Pak Y", kata si botak.

Pak Y segera mengambil tisu dan mengelap2 darah dimuka budak tu, banyak darah keluar, meleleh2, aku mula perasan Pak Y sudah mengalirkan air mata, sambil budak itu meraung2 kesakitan.

"aku respek ko Pak Y", ulang2 kata dar si Botak. Pak Y tak menghiraukan cakap si botak lantas mengeleng2kan kepala,

"aku tak nak kawan ngan kau" kata Pak Y sambil menanges, orang ramai mula datang membantu budak tersebut, lalu Pak Y menanges sambil berkata pada yang lain2, "kenapa dia buat macam tu, budak ni tak cerdik, kita pon umur dah lebih 30~" kata nya lagi dalam nada suara timbul tenggelam.. lantas budak tersebut dibawa pergi kehospital bersama2 Pak Y, dan si botak terus pergi, sekejap saje dah hilang, makannya pon member die yang bayar.

selepas watak utama beredar, kami sambung makan, tapi dah hilang selera. apa tak nya, seorang manusia yang berusia 40an menumbuk seorang budak yang berumur lingkungan 12 tahun didepan mata kami, adakah itu betul3 berlaku???

Logik kah?? adakah umur 40an itu belum cukup untuk mendidik manusia menjadi matang??

lantas kami setuju dengan kata2 si botak itu sendiri, "... ni aku empat suku", bermaksud die lagi x siuman berbanding budak tu, dan aku yakin semua orang yang melihat kejadian itu pasti menyumpah si botak sehari semalam atas ke"empatsuku"annya itu..

'Tahniah la pada si botak, ko telah menunjukkan betapa buruknya perangai ko itu dihadapan orang ramai dan anak2 kecil, ko akan dilaknati oleh Allah atas menindas orang2 yang lemah, Ko mmg dasar lelaki dayus, memukul budak kecil.....

Sayu hati aku sampai sekarang masih tak terubat.. masih terbayang2 muka budak tu yang berdarah teruk akibat diTUMBUK si botak laknatullah..

*tak sangka die akan tumbuk budak tu, igtkan da abes marah lepas baling cawan kaca, tgk lagi skali die da kat dpn budak tu smbil hayun tgn..jahanam
*rase kecewa tak dapat buat apa2 mase tu
*rase geram dengan member si botak yang bertindak diam diri, patutunya bagi la member ko tu cool down, bebal betol..

p/s: kepada si botak, yang ko pukul tu budak kecik, dah la budak kecik, tiga suku plak tu, kenapa ko ni teruk sangat?? Jahanam sungguh..??? kalau betol nak tunjuk hebat, cari la yang sepadan dgn ko... apa masalah ko ni??? aku rase ko mmg layak masuk hospital sakit jiwa, sebab ko ni lagi teruk dari tiga suku.. Ingat pesan aku, kami semua sumpah atas diri ko lepas ape yang ko buat mlm ni, dan ingat, budak itu tiga suku, bile2 mase die boleh revenge kat ko tanpa asbab. INGAT!!!!..Allah makbulkn doa orang2 yang teraniaya..

"Ya Allah selamatkanlah budak itu, dan jadikanlah dia manusia yang berguna, sesungguhnya Kau lah Tuhan Yang Maha Adil, Yang Maha mengetahui atas segala sesuatu, kepadaMu kami berdoa dan meminta- Amiin~~~"


Tuesday, November 2, 2010

Dimana Standard Umat Islam...???

Bismillah, dengan nama Allah...yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih,

Setiap hari, pasti akan berlaku kematian dan juga kelahiran yang baru.. beruntunglah mereka yang dilahirkan sebagai muslim, kerana Allah telah menggariskan panduan, dan meletakkan agamaNya pada satu darjat (standard yang mulia dan tinggi). Alhamdulillah~..SyukurTapi malang sekali, semakin meningkat dewasa, zaman semakin berubah, dunia yg dikatakan semakin maju, dan umat islam pada fikiran mereka menganggap diri mereka juga semakin maju. Tapi benarkah kita maju?? Maju dari segi ape??

Dimana standard kita sebagai umat yang maju???

Ade beberapa perkara yang boleh dibincangkan;

1) Makanan: Allah telah mengurniakan satu kelas yang tinggi umat islam, dengan hanya membenarkan mereka hanya makanan yang HALAL. Jangan makan makanan yang haram atau yang subhah. Jauhi arak (atau segala yang berkaitan dengannya), jangan makan babi (banyak dah org bincangkan pasal keburukan babi), jangan makan makanan yang tak disembelih (bangkai), dan banyak lagi.Maka dengan sendirinya, umat Islam menjadi umat yang menjaga standard mereka, mereka tak mabuk, mereka x pula makan makanan yang kotor, dan sepatutnya lah mereka ini berada pada standard yang lebih tinggi daripada umat-umat lain didunia ini.

2) Pakaian: Adalah menjadi kewajipa setipa muslim untuk menjaga aurat mereka, dan telah diwahyukan akan kewajipan menutup aurat, maka yang perempuan diwajibkan melitupi rambut mereka, dan menutup aurat yang pendorong nafsu syahwat mereka. Maka dengan itu, terkawal lah pergaulan bebas antara mereka, dan murnilah akhlak mereka. Disinilah diletakkan kemajuan sahsiah diri umat Islam itu sendiri, dan itu menjadi satu standard yang tinggi dalam defini ketmadunan.

3) Pergaulan: Islam menggariskan panduan lengkap tentang pergaulan sesama umatnya. Bagaimana Islam membatasi pergaulan lelaki dan perempuan, juga bagaimana Islam mengajar umatnya supaya saling menghormati (menjaga aurat juga menjaga kehormatan orang lain), dan sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara. Maka dengan ini, sesungguhnya umat Islam secara keseluruhannya adalah setaraf, iaitu pada standard yang lebih tinggi dari umat yang lain dimuka bumi ini. Menjaga hubungan sesama manusia dengan saling menghormati mewujudkan suasana harmoni yang menjaga akhlak muslim itu sendiri. maka jauhlah umat Islam itu daripada kes-kes buang anak, seks luar nikah, pembunuhan, rasuah, penipuan, politik wang, pergaulan bebas, homoseks, dan sebagainya. maka disinilah letaknya kemajuan umat Islam secara keseluruhannya.

4) Ilmu: Islam itu didatangkan pada RasulNya dengan perkataan "Iqra', yang bermaksud, " bacalah!", apa yang harus dibaca?? Maka Islam menggariskan panduan kepada umatnya supaya umatnya menuntut ilmu yang bermanfaat, ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi pada masa yang sama. tidak ketinggalan dengan itu, diseru pula umat islam itu supaya mengamalkan ilmu yang diperoleh dan di ajarkan kepada orang lain sebagai amal jariah. Tak pula luput pahala ilmu yng bermanfaat itu jika diturunkan kepada orang lain dan diamalkan sepanjang zaman. maka beruntunglah Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan yang seangkatan dengannya. Tidak ada orang yang lebih dipandang mulia didunia sekarang ini jika hendak dibandingkan dengan orang yang tinggi ilmunya. Oleh itu sekiranya umat Islam itu menuruti sarana Islam itu supaya menuntut ilmu, maka umat Islam akan menjadi umat yang paling disanjungi didunia.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dibindangkan tentang ketinggian status umat Islam yang sebenarnya. Namun begitu, 4 faktor ini sahaja sudah menjadi beban yang amat berat untuk ditanggung umat Islam kini.Sangat sedih jika kita LIHAT dan kita FIKIR akan 4 faktor ini. Adakah umat Islam ini berada pada kelas atau standard yang Allah tetapkan??? Adakah umat Islam kini dipandang tinggi oleh umat dunia?? Adakah umat Islam kini mempengaruhi dunia sejagat??? Anda jawablah sendiri~~~..

*sedih dan lucu bila tengok gadis2 melayu yang mengaku diri mereka islam, tapi pakai hotpants pegi kedai Mamak..haha**adakah kita maju dengan hanya mendirikan bangunan seratus tingkat sahaja???*