Thursday, September 3, 2009

tazkirah bulan Ramadhan



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah selesai 13 hari kita menunaikan ibadah puasa..macamane puasa tahun ni? ade peningkatan? atau semakin menurun qualiti ibadah puasa itu?? bercakap engenai puasa Ramadhan ni, bile ditanya kepada semua umat islam, melayu terutamanya dalam konteks 1Malaysia ni, "puasa x?", pasti jawapan yg diterima "eh mesti la..", siap ade yg tmbah lagi, "x penah ponteng lg tau..". betulkah?? serius?? yakin dengan jawapan anda??
mari kita muhasabah balik amalan puasa yg telahkita kerjakan..

Pembaziran
kalau dilihat bulan puasa ni, ramai jugak yg sedar akan pembaziran yg berlaku, maka mereka berjimat cermat (masak sendiri kat rumah dah la), terutama utk golongan student x berduit cam aku ni. tapi, ade jgk segelintir kita yg selera bukan main, nmpk semua bnda sedap, pg bazaar, rase nak bungkus semua bawak balik. walhal, bila time berbuka yang dimakan cuma sebungkus Nasi Lemak Bukit Tinggi(orang2 bangi tau la ni).bile dah x larat, bagi kat member2, tp die x pk plak member2 die pon dah mkn..lalu terbiar la mknn tersebut.."smpn, nnti sahur boleh mkn", tapi sahur, bangun pon tak..

Jaga Pandangan dan Aurat
Baru-baru masuk bulan ramadhan hari tu, aku rajin pg bazar yg agak femes kat rancangan bazar ramadhan bersama Syamsul, memang "syurga" la bazar tu. macam-macam ada. nak makan pizza, nasi arab, ayam percik, ayam golek, semua ada, just name it. tapi yang lagi bestnya, ade pulak "juadah" yang diberikan percuma kat bazar tu..sedar ataupun x, aku x rase cam masyarakat melayu kita ni berpuasa. kalau diikutkan hukum, bukan bulan puasa je kena jaga aurat dan pandangan, tapi sebagai umat islam yang telah akil baligh, yang haram itu tetap haram!! rase bergelora jugak jiwa bila merayap kat bazar tu. panas sangat ke Malaysia ni?? sampai kene dedah sana sini smapai nmpk semua bnda?? sebagai umat islam, marilah kita berubah, kalau x mampu nak pki jubah, cukup la sekadar menjaga adab. adik-adik, kakak-kakak, kalau kita nak pahale puasa tu, jangan la "belanje" masyarakat lelaki ni free camtu je..yang lelaki pulak, ambil la iktibar, kalau dah tau camtu gaya nya, jangan la makin bersemangat nak ke tempat2 camtu, elok kita jaga ibadah puasa kita..

Kes x Puasa

Ini lagi satu kes yang sering berlaku time puasa Ramadhan ni. biasa nye yang lelaki la.. alasan x puasa sebab x tahan. haha..kelakar jugak bila dengar alasan tu, mak ayah ajar puasa dari kecik, masuk umur 7 tahun semangat puasa, penuh sebulan. tapi makin dah umur 20-an ni makin plak dia x larat nak puasa.. nape ye.. yang lagi best, orang melayu muslim pon sanggup tebal muka, pergi mamak, bungkus nasi ke mee goreng ke, siap tapau untuk member2 lagi.."hebat" mereka ni..tahniah dan syabas..

sebenarnya ada banyak lagi yang perlu kita tahu, nilai dan perbaiki diri kita. bulan Ramadhan ni la bulan yang paling sesuai untuk kita kenal diri kita, pulihkan iman kita, tingkatkan amalan kita kerana sesungguhnya;

Firman Allah dalam Surah Baqarah : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. ” dan Sabda Rasulallah : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

marilah kita fikirkan semula, sejauh mana amalan puasa kita ini diterima Allah. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna. masih sempat untuk kita memperbaiki diri kita. ayuh, manfaatkanlah ramadhan ini sebaik mungkin..!!

lama sudah aku hilang
titis air mata untukMu

lama sudah aku hilang
khusyuk tunduk padaMu

lama sudah aku hilang
rasa taubat dalam diriku

Ya Allah
Ampunkan dosa-dosaku
Ampunkan dosa-dosa kami
Ampunkan dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat

Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Pengampun



2 comments: