Saturday, March 7, 2009

Assalamualaikum

MATLAMAT.GOAL.OBJECTIVE.

banyak perkara yang perlu dibincangkan dalam dunia ni. sebahagiannya berguna dan sebahagian yang lain hanyalah picisan. perlunya kita sedar bahawa dunia ni bukanlah tempat untuk berhibur. kita diciptakan untuk satu tujuan. kita ada matlamat. we have goal, target, and objective. tapi kejatuhan moral dikalangan masyarakat dunia, menunjukkan keruntuhan tamadun manusia. sedar atau tidak, nilai2 murni dalam jiwa manusia semakin meruncing. zaman kegemilangan tamadun manusia semakin kritikal.

manusia tidak ada matlamat yang jelas lagi dalam hidup mereka. ataupun matlamat mereka hanyalah materialistik semata-mata. jelas iktibar dari sejarah lampau tidak lagi dipedulikan manusia sekarang. yang penting bagi mereka hanyalah hiburan dan perkara2 yang memuaskan kehendak mereka. nafsu lebih diutamakan daripada kehendak agama.
pernah suatu ketika malaysia ini jarang sekali terlihat perempuan2 melayu yang bertudung, namun atas iktibar dan matlamat yang jelas dari sesetengah pihak, akhirnya revolusi tudung itu berlaku. anak2 diajar bertudung sejak dari kecil. satu kejayaan pada agama dan bangsa melayu yang boleh dikatakan bangsa yang semuanya beragama islam suatu ketika dulu.

namun semua itu sudah menjadi sejarah. melayu kini bukan lagi bangsa islam. tudung kepala juga semakin kurang dilihat dipakai oleh generasi baru. atau pun yang bertudung cuma hiasan semata, tiada jiwa agama pada pemakaiannya. nampak cantik dari luaran, namun dalamnya kotor juga seperti yang lain.bukan mahu menuduh sebarangan, namun semua ini ada buktinya disekeliling kamu. cuma kamu perlu perhati dan ambil iktibar. cukup lah sekadar ini bagi muqadimah yang ringan. buat renungan kita bersama.. perjalanan kita masih jauh. penghujungnya belum kita tahu dimana, atau sempatkah kita sampai ke penghujungnya, atau adakah penghujung perjalanan kita itu hanya mati?
semua itu kita perlu fikir..itulah fitrah diciptakan akal fikiran.

wahai manusia..

kembalikanlah sifat2 murni kamu..

bersihkanlah hati2 kamu dari kotoran dunia


sekian..till da next post(noktah)


------------------there are times, when man must stand and fight--------------------

3 comments:

  1. aku na bace smpai abes.. tp.. cam terpalit kat muke aku sendri.. byk bnde kotor aku da wat..


    adeshhh.. insaf2

    ReplyDelete
  2. sbb tu la.. bkn aku tulis utk org lain, utk diri sendri sebenarnya..sama2 lah muhasabah..

    ReplyDelete
  3. baikk... tulis aa byk2.. aku na tulis sal ilmu..

    ReplyDelete