Friday, September 17, 2010

kata-kata bicara


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim~.. dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

aku bermohon perlindunganMu daripada kesesatan hati.

lama sudah blog ini tidak disi dengan kata-kata yang membuka minda. sering orang sibuk berbicara tentang perkara-perkara yang mengasyikkan, menghiburkan, dan melalaikan..

tapi bila kita fikirkan tentang kehidupan, seronok kita itu bukan suatu yang kekal, gembira kita itu bukan suatu yang konkrit, senang kita itu hanya sementara.. sepertimana yang telah dinyatakan dalam hadis Rasululllah s.a.w,

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

ramai yang tahu akan hadis yang popular ni, tapi tak ramai yang ambil peduli atau barangkali sibuk dengan hal masing-masing hingga terlupa tentang saranan nabi. Maklumlah, dunia serba miden dan serba canggih, semua orang tak mahu ketinggalan, betul juga tu, "bukan ke itu satu daripada ciri yang dinyatakan dalam hadis tadi??". ya.. memang anda betul, tapi betula anda itu biarlah berlandaskan alquran dan sunnah. Agama tidak melarang umatnya mengejar kemajuan, kemewahan, kesenangan dunia, tetapi islam menggariskan panduan yang jelas tentang cara hidup yang diredhai Allah. Tak salah nak mengejar kemajuan, asalkan kita dijalan yang benar. sejauh mana benarnya?? Sumber yang Halalan Toiba (halal lagi baik).

menyentuh tentang perkataan popular, rasanya ramai yang inginkan popularity. Lagi-lagi aman sekarang ini yang media hiburannya seluas air dilautan, macam-macam ada~!! nak tengok?? tekan je~..^^, tak ramai antara kita yang kenal tokoh2 islam aman dahulu, bahkan antara kita yang kenal imam dikawasan mukim kita solat jumaat. Orang lebih kenal Ning Baiura daripada Siti Khadijah, lebih kenal budak Sepah daripada khulafa ar-Rasyidin.. huh, mungkin berat apa yang saya sentuh ini, tapi bukan saya berniat untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi kita perlu sama-sama sedar, siapa diri kita, dimana kita berada, bumi mana kita pijak..

kata-kata yang sangat berat diluahkan dari dalam hati.. mungkin ada rasa marah yang terpendam sekian lama, tidak berdaya diungkapkan.. siapalah hamba ini, insan yang lemah dibumi pinjaman Tuhan..Sejujur bucara kulempar hari ini, buat pedoman diri sendiri yang hina, mohon ampun dan maaf kepada semua, salah silapku tidak disengaja, mohon diampun dosa sesama kita.

kata-kata itu sukar dibicara, bila intipatinya sangat dalam....
selamat hari raya, maaf ahir dan batin...



No comments:

Post a Comment